yoitz!
kali ni taip pasal biskut raya plak dahh..
Al-kisah..
dlu masa raya kat kampung, masa kecik-kecik, masa akai takdak lagi..

selalu la rembat kt dapo biskut arab yang macek ku buat.
macek ku yang d panggil sebagai cek.
masa tuu dy tak kawen lagi, sebab tu rajin buat biskut raya.
sekarang ni dah bila dah kawen, malas.
beli biskut 50 biji- RM25. jimat kos & masa katanyaa.
whatever la cek oi.
Bercakap pasal biskut arab nii..
setelah cek malas dah nak buat, aku pun try la buat sendiri.
dengan penuh kasih dan sayang aku menyukat- menyatukan- menggaul dan
menguli-gulikan biskut arab ni..
Hasilnya... TAK JADI !!!!!
u'll know why ??
sebab biskut ni rumit ya amat. walaupun bahannya mudah and easy to find, tapi kalau..
terlebih sikit je minyak sapi tuu >> lembik- leper.
terkurang sikit je minyak sapi tuu >> keras- batu.
so..
Nah! ni resipi.. cuba try wat sendiri. mana taw kot2 hampa buat jadi plak.
Biskut Arab
Bahan
- Bahannya :-
500 gram tepung
gandum
250 gram minyak
sapi
250 gram gula
kastor
Cara
- Caranya :-
1) Campurkan tepung gandum dengan minyak sapi.
2) Kemudian gaul kedua - dua bahan itu sehingga sebati.
3) Apabila sudah sebati ambil sedikit adunan tersebut dan
bentukkan menjadi bulat seperti guli.
(kalo nak buat shape lain pun.. ikut suka hati kome laa ye..)
4) Kemudian, golekkan di atas gula kastor dan masukkan di dalam
paper cup supaya gula yang melekat tadi tidak berselerak sewaktu dibakar.
(ehemm.. taknak guna paper cup pun takpe ye..)
5)
Selepas itu bakar di dalam ketuhar antara 12 minit hingga 15 minit.
6)
Bakar dengan suhu di antara 150 darjah celcius hingga 180 darjah celcius
bergantung kepada kuantiti biskut arab yang anda bakar.
(dan size jugaa.. hehe)
7)
Selepas biskut sudah masak maka anda boleh sejukkan seketika sebelum dimasukkan
ke dalam balang.
(jangan lupa masukkan dalam mulut jugaa..hahahaa)
(yang bawah ni gamba biskut arab letak ceri.. siap ada gamba cara yang buat lagi..)
wokayy.. dah malas nak ngadap lappy nii.
jumpa lagi.
BYE!